Friday, October 8, 2010

EYEALL BERSAMA 9M2YAS

Aku telah dimaklum oleh 9W2FSI bahawa 9M2YAS berada di Kuala Terengganu.  Rakan-rakan bercadang untuk meraikan beliau.  Aku bersetuju dan terus bermobil dengan ditemani oleh XYL ke lokasi yang telah ditetapkan, ia itu Water Front.  Setiba di lokasi ku dapati rakan-rakan lain sudah sedia menanti.  Aku difahamkan oleh 9M2VOT bahawa 9M2YAS dalam perjalanan bersama-sama 9W2FSI.
Rakan-rakan yang turut sama merai rakan HAM dari Perlis, terdiri dari 9M2VOT, 9W2BAL, 9W2FSI, AJQ dan XYL .  Itulah pertama kali aku bertemu dan bersalaman didataran.  Itulah salam suai kenal ku.  Sebelum ini aku belum pernah QSO dengan beliau.  Allah amat mengetahui,  kerana mempunyai hobi yang sama kami dipertemukan.  Kian bertambah rakan ku.  Semoga kan terus berkekalan.

 Sambil minum dan makan, sempat juga kami semua bertukar-tukar pendapat, terutama mengenai radio tidak ketinggalan juga mengenai perkara-perkara lain.  Kami semua berpisah lebih kurang pukul 12.30 tengah malam.

Thursday, October 7, 2010

MEGA EYEBALL COLEK 1 MALAYSIA - KELAB PUTRA PASIR PUTEH

Pada tanggal 7 Sept. 2010 bersamaan 27 Ramadhan, aku dan xyl berserta rakan HAM Kuala Terenganu bermobil menuju Pasir Puteh kerana menghadiri majlis Mega  Eyeball Colek yang dianjurkaan oleh Kelab PUTRA.  Sekalung terima kasih ku utarakan buat seluruh AJK dan ahli-ahli Kelab PUTRA di atas undangan tersebut
 Aku berserta ahli rombongan ku bertolak  kurang lebih jam 6.30 petang.  Rombongan ku berhenti untuk berbuka  di sebuah restoran di Saujana.  Inilah kali pertama aku berbuka puasa dengan nasi, bagi bulan Ramadhan tahun ini.  Aku berseta rombongan tiba di lokasi kurang lebih jam 9.00 malam.  Kami di sambut oleh rakan-rakan HAM dari  Pasir Puteh dan rakan-rakan HAM dari kawasan lain.




Inilah pemandangan di meja pendaftaran.  Kami dikehendaki mendaftarkan kehadiran di sini.



 Nampaknya rakan-rakan dari Zon Hulu Terengganu bagitu ceria sekali di majlis ini.  Maklumlah dapat bersua dan bersalaman dengan rakan-rakan dari kejauhan yang sama-sama berada di majlis ini.


Berbaju oren dan bertopi, Pengurusi Zon Hulu Terengganu, sedang meneliti atur cara majlis sambil di perhatikan oleh Pengurus ASTRA Kelantan.


Aku hanya menjadi pendengar setia. Pengurus ASTRA Kelantan, 9W2DTS sedang menerangkan kedudukan linking yang bakal menyambungkan tiga buah negeri di Pantai Timur.  Ia itu negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.  Aku menyetujui projek ini.


 Aduh hai....... nampaknya teman kita ni, 9W2 KCG dan XYL bagitu gembira sekali berada di majlis eyeball ini.


Aku pula terpaksa menjadi wakil Zon Kuala Terengganu, memberi ucapan terima kasih di atas jemputan ke majlis eyeball kali ini.  


Aku sempat bertemu 9W2 LCT, Cik Gu Lan, sebelum bertolak pulang.  Dah agak lama juga tak bertemu dan bersalaman di daratan, memandangkan masing-masing bagitu QRL dengan tugasan saltmine.






Sebelum pulang sempat aku bersalam dengan  9W2 DIS dan mengucapkan terima kasih.  Beliau bagitu gembira.  Inilah uniknya hobi ini, disamping dapat rakan baru, kita dapat mempereratkan tali siratul rahim yang telah sedia terjalin.  Bagitulah  Allah jadikan manusia ini supaya dapat berkenalan di antara satu sama lain.  Rombongan ku bertolak pulang kira-kira jam 12.00 tengah malam.  Masing-masing dengan kenangan sendiri. 



















Wednesday, October 6, 2010

SEJENAK BERSAMA 9M2 YRS

Aku mula mengenali 9M2 YRS semasa QSO di jalaur panjang.  Semasa itu beliau memakai callsign 9W2 YR.  Masa berlalu, kami hanya bertemu di udara sahaja.  Itu pun ketika aku berada di utara atau di kawasan tengah.  Aku dipertemukan dengan beliau semasa aku bersama rakan-rakan Kuala Terengganu menghadiri Hari Keluarga ASTRA  di Bendang Man, Sik.  Alhamdulillah, aku merapatkan syukur kepada Allah di atas pertemuan itu.

Secara kebetulan semasa dalam perjalanan pulang dari berhari raya di kampung, aku sempat bersalaman dengan beliau di Pekan Baling.  Dah agak lama tidak bersua muka dengan beliau ini.  Sempat juga kami kena "mai secawan" sambil bertukar fikiran.  Banyak yang dibincangkan, dari perkara yang berkaitan dengan radio  sampai kepada kerjaya dan keluarga.
 Masa terlalu mencemburi ku.  Aku terpaksa meneruskan perjalanan ku pulang ke Kuala Terengganu.  Pertemuan yang singkat ini ku menafaatkan sepenuhnya.  Kami bersalaman serta bermaaf-maafan.  Entah bila akan di pertemukan pula.......... tiada siapa yang tahu. 

Tuesday, October 5, 2010

EYEBALL MALAM AIDIL FITRI RAKAN HAM LOKALAN SIK

Rakan-rakan HAM lokalan Sik telah mengadakan eyeball pada malam Aidil Fitri bertempat di rumah 9W2CEY.  Aku telah dijemput oleh 9W2NSK, yang mempunyai pertalian darah kekeluargaan dengan ku, pada jam 9.00 malam.  Setibanya kami di rumah 9W2CEY, rupanya sudah ada yang tiba lebih awal dari kami.  Semuanya kelihatan ceria dan gembira  bila sudah dapat bersalaman di daratan.




Memang tak terlintas di benak ku, di masjlis ini aku dapat bertemu saudara mara ku yang mempunyai callsign.  Aku merasa bagi terharu dan bercampur gembira.  Aku bangga kerana terdapatnya saudara mara ku yang melibatkan diri dalan Radio Amatuer.  Majlis ini di serikan lagi dengan kehadiran 9M2RIE iaitu anak kepada 9W2KCN.  Beliau sudah pun berpangkat cucu dengan ku.  Memang sesuailah aku dipanggil Tok Wan...... he..he...he..
 9W2NSK - Nazri, yang memakai baju T berwarna hitam,seorang lagi saudara mara ku yang melibatkan diri dengan radia.  Beliau berpangkat anak saudara.
 Itulah 9M2RIE, yang berbaju biru, sedang berbincang sesutu dengan salah seorang rakan.  Tiada lain yang dibincangkan melainkan perkara-perkara yang berkaitan dengan radio.  Itulah uniknya hobi ini.  Di samping dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang baru, kita juga dapat dipertemukan dengan yang telah lama terpisah.
Yang sedang QSO tu 9W2CEY, bagitu khusus nampaknya teman kita.  Yang berbaju merah ialah 9W2FLL - Wan, dan yang berbaju melayu berwarna cokolat itulah 9W2KCN, ayahanda kepada 9M2RIE.  Yang berbaju T biru... maaf aku terlupa callsign dan namanya.

 Aku hanya menjadi pendengar yang setia apa yang diceritakan Wan.  Menimba apa yang kita tidak tahu.  Rakan-rakanlah yang menjadi pelengkap kepada kekurangan pada diri kita.





Terima kasih buat rakan-rakan HAM Lokalan Sik, terutama tuan rumah 9W2CEY.  Insya Allah andai di panjang umur dapat kita bersua lagi.  Mudah-mudahan pertemuan dan perkenalan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Tuesday, September 21, 2010

Banjir - Teratak 9W2YAY

Ini adalah sebuah kenangan bagi ku dan 9W2YAY sewaktu musim banjir melanda base beliau. Hm... sedih aja nampaknya Pak Nuar kita ni......!

Thursday, September 2, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua rakan-rakan ham tak kira di mana berada
dan seribu kemaafan di pohon sekiranya terdapat sebarang kesilapan
yang kami lakukan secara segaja mahupun secara tidak segaja.
Sempena Hari Raya yang hampir tiba kami mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR BATIN

daripada kami sekeluarga 

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN HAM DI SELURUH NEGARA,SEMOGA SEGALA AMAL IBADAT KITA DI BERKATI ALLAH S.W.T