Thursday, October 20, 2011

Lata Tembakah

Lata Tembakah adalah di antara tempat yang ingin ku lawati.  Sudah beberpa kali aku merancang untuk ke sana, namun terpaksa ku batalkan, disebabkan oleh tugasan harian.  Peluang tersebut datang dengan tiba-tiba, tanpa melepaskan peluang tersebut, aku terus ke sana dengan ditemani oleh isteri ku.  Ia itu semasa aku dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu, selepas menghadiri Majlis Hari Keluarga Rakan HAM di Lata La.


Lata Tembakah terletak dalam daerah Besut, kira-kira 25km dari Pekan Jerteh.  Aku terpegun melihat kecantik hutan yang menghijau.  Bagitu nyaman  dan sejuk mata memandang.  Inilah dia kebesaran Allah yang menciptakan semua keindahan ini untuk kita manusia.  Aku sendiri  tertanya-tanya pada diriku, apakah aku ini termasuk di kalangan orang-orang yang bersyukur kepadaNya di atas semua anugerah ini.


Aku  dan isteri ku berjalan merentasi jambatan yang menghubungkan tempat penginapan dengan kawasan perkelahan.  Keadaan di sekeliling terasa sejuk dengan udara pergunugan yang menyegarkan.  Ramai orang yang datang untuk berrehat bersama-sama keluarga mereka.  Kanak-kanaklah yang paling gembira dalam suasana yang bagini.  Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka.


Aku sempat bergambar  dengan isteri ku di atas jambatan.  Kelihatan ramai pengunjung yang datang pada hari ini.  Biasalah pada hari minggu.  Setiap orang mengambil peluang untuk berehat bersama keluarga.


Kami menempatkan diri di kawasan yang berbatu-batu, sambil  menikmati pemandangan yang indah ini.  Dibawah batu-batu ini mengalir air yang jernih, sejuk dan nyaman.


Lihatlah betapa jenih dan bersih air yang mengalir ini.  Kelihatan anak-anak  ikan  berenang-berenang dan berkejar-kejaran dicelah-celah batu.   Aku hanya memerhati gelagat anak-anak ikan ini.  Betapa seronoknya mereka .... he..... he...

 Aku hanya sempat merakamkan  untuk 4 aras sahaja pemandangan  Lata Tembakah ini disebabkan kesuntukan masa.  Aku difahamkan Lata Tembakah terdiri dari 7 aras.  Aku tidak bercadang untuk bermalam disini, jadi tidak ada sebarang persiapan di buat.  Insya Allah, mungkin di masa akan datang aku berkesempan untuk berkunjung kesini, akan ku cuba rakamkan keseluruh 7 aras.  Kita dapat melihat aliran air terjun di aras 3 dan 4 yang telah membentuk kolam-kolan kecil yang sesuai untuk mandi manda.  Dapatlah kita merasa kesejukkan air di daerah pergunungan.  Tidak ketinggalan juga pohon-pohon yang merimbun hijau yang terdiri dari berbagai-bagai jenis  ini telah membuat aku merasa segar, nyaman dan aman dengan diselangi bunyi unggas-unggas yang mendiami Lata  Tembakah.

Pasir Raja


Kami sampai di Kampung Pasir Raja lebih kurang pada jam 4.30 petang.  Aku tidak tahu asal usul bagaimana kampung ini mendapat namanya.  Kampung Pasir Raja ini pernah menjadi tempat persinggahan pejuang-pejuang Melayu menentang Inggeris.  Pasir Raja pernah menjadi tempat persinggahan Datok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan rakan-rakannya semasa dalam perjalanan ke Kuala Berang dan ke Kelantan.  Penduduk di sini masih lagi mengekalkan cara hidup tradisi Melayu walau pun kampung ini sudah di jenguk dengan berbagai kemudahan.


Di Pasar Raja terdapat kemudahan tempat penginapan, untuk para pengunjung yang ingin menikmati dan melihat keindahan kampung tradisi Melayu.  Terdapat  tempat penginapan yang berhawa dingin dan ada yang tidak.  Para pengunjung bolehlah memilih yang mana yang disukai.



 Ini adalah di antara tempat penginapan yang terdapat di Pasir Raja.  Ianya terletak berhampiran sebatang sungai yang bermuara di Kuala Dungun.  Sungai ini adalah satu-satunya jalan perhubungan penduduk Pasar Raja dengan Dungun pada satu ketika dulu. Perjalanan dari Pasir Raja melalaui jalan air ini mengambil masa dua hari satu malam.  Tapi kini Pasir Raja sudah  pun mempunyai rangkaian jalanraya yang menghubungkan daerah perdalaman ini dengan Dungun dan Bandaraya Kuala Terengganu.


 Ini adalah pentas yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kegunaan bagi sesuatu perayaan yang di adakan di Pasir Raja ini.  Di sebelah belakang pentas inilah mengalirnya sebatang sungai yang teramat berjasa kepada para penduduk di Hulu Dungun, terutamanya penduduk Pasir Raja sebelum kawasan ini di hubungi oleh jalanraya.  Sungai ini juga menjanji pendapatan bagi mereka.  Airnya sejuk dan jenih.  Ia mengalir dengan tenang menuju ke muara, setenang hidup para penduduk di Pasir Raja ini.



Pasir Raja di kelilingi oleh tumbuhan yang menhijau.  Ini akan memukau setiap mata yang memandang.  Udara di persekitrannya sejuk, nyaman dan menyegarkan.  Kicauan burung dan nyanyian unggas-unggas yang mendiami kawasan ini menggantikan bunyi derungan kenderaan di bandar.  Kesunyiannya bagitu mengasyikkan.



Ini adalah pemandangan yang lumrah dikampung-kampung.dan tidak terkucuali dengan Pasir Raja.  Masa terlalu mencemburui kami.  Hari sudah lewat petang.  Kami cuma berada sekejab sahaja di Pasir Raja.  Banyak lagi yang belum sempat ku rakamkan di sini disebabkan oleh kesuntukkan masa.  Kami tidak bercadang untuk bermalam disini.  Inyaallah, mungkin dikesempatan yang lain kami akan bermalam di sini.  Manusia adalah sebahagian dari alam, jesteru itu manusia tidak akan dapat dipisahkan dari alam.

Tuesday, October 18, 2011

Colorful autumn in northern Iran

 A seasonal tourist industry are grown up in autumn in the northern provinces of the country, particularly Golestan, when leaves turn from green to red and yellow.
 
 
(Photos by Abutaleb Nadri)