Friday, March 4, 2011

Rakan Ham - Pelajar TATI

Baru-baru ini aku berkesempatan meraikan 2 rakan ham dari pusat pengajian TATI dan rakan-rakan mereka.  Agak lama juga aku tak bersua muka dengan mereka.  Itulah kali pertama aku menemui mereka, setelah mereka mendapat AA.  Tahniah buat mereka berdua.  Aku rasa, tidak terlambat buat ku untuk mengucapkan tahniah ini.

Mereka sebenarnya dalam perjalanan ke Gua Musang.  Sempat juga Comat CQ,CQ di V38.  Aku menyambut panggilannya.  Kami bertemu di sebuah restoran di Gong Badak.  Jam sudah pun menunjukkan 11.30 malam.  Bila dah bertemu mata, banyak perkara yang diperbincangkan dengan diselangi dek gurau senda.  maklum sajalah dah lama tidak bersua.

 Inilah rupa kedua-dua rakan
yang lelaki....bukan perempuan he....he !



Masa terlalu mencemburui kami, selesai sahaja makan rakan-rakan dari TATI terpaksa meneruskan perjalanan mereka.  Aku doakan semoga perjalan mereka pergi dan balik sentiasa dirahmatai Allah.

Pertemuan yang singkat ini sudah cukup bermakna buat rakan-rakan Ham.  Di raut wajah masing-masing terbayang kegembiraan dan kemesraan.  Semoga persahatan ini kan kekal hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment