Saturday, December 18, 2010

Mersing Dalam Ingatan

Sudah sebulan aku di rumah.  Tidak ke mana-mana.  Terasa pula hendak berjalan-jalan, tapi apa kan daya, anak ku yang bongsu sedang memduduki peperiksaan SPM.  Semua keinginan terpaksalah ditunda dulu.  Cuaca di Terengganu sekarang ini tidak menentu, maklum sajalah musin tenkujuh.  Alhamdulillah, belum lagi ada tanda-tanda akan berlaku banjir, walau pun hujan turun mencurah sampai seminggu.  Teringat aku pada sanak saudara yang jauh yang telah lama tidak bertemu, bagitu juga rakan dan taulan.  Fikiranku melayang ke Mersing.  Terbayang wajah rakan-rakan disana.  Masih segar dalam ingtan.  Pertemuan yang singkat, semasa menzairahi rakan-rakan di Mersing telah melahirkan satu ikatan yang mesra.



Aku ke Mersing ditemani oleh XYL, 9W2KCG (Sdr.Faisal) serta isteri dan 9W2FSI (Sdr.Firman).  Kami bertolak di awal pagi, selepas sarapan di Kedai Buluh.  Pemanduan dilakukan dalam keadaan sederhana sahaja, sambil berbual-bual melalui set yang terpasang di kereta kami.  Memandu sambil menikmati keindahan alam anugerah Allah ini.  Kami singgah di Pekan, Pahang untuk makan tengah hari.



Pekan merupakan Bandar Di Raja di mana pemandangan di sekitarnya cukup cantik.  Terdapat beberapa tempat yang menarik yang boleh dilawati.  Kami tidak dapat berbuat demikian karena destinasi kami masih jauh lagi.


Ini adalah di antara pemandangan yang sempat diambil semasa kami berehat untuk makan tengah hari.  Cantik dan menawan.


Selepas makan tengah hari kami berehat sebentar untuk menikmati keindahan tempat ini.



Lokasi ini ialah Pekan River Front

Kami meneruskan perjalan kami.  Sepanjang perjalanan, ada sahaja kelakar yang di hidangkan oleh 9W2KCG dan 9W2FSI.  Ada kalanya aku mencelah untuk menceriakan lagi susana.  Kali pertama aku melalui laluan ini ialah pada tahun 1976, sudah 34 tahun masa berlalu.  Terlalu banyak perubahan yang terjadi.  Aku hampir tidak mengenali kawasan ini. Tiga puluh empat tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek.  Kami menggunakan V20 untuk QSO semasa dalam perjalanan untuk memudahkan rakan-rakan di Rompin.  Kami disapa oleh 9W2BTU, Kak Miah, isteri 9W2TOU iaitu Tok Uban.  Lantaran sudah berada di Ropin, kami singgah sebentar di kediaman Tok Uban.  Kami disambut dengan bagitu ceria dan mesra oleh Tok Uban sekeluarga.  Aku mengenali Tok Uban sewaktu beliau bertandang ke Kuala Terengganu.

 

9W2TOU - Tok Uban



Gambar Untuk Kenangan

Kami telah dihidangkan dengan kuih muih dan minuman petang.  Masa terlalu mencemburui kami.  Perjalanan mesti diteruskan.  Waktu perpisahan telah tiba.  Tangan dihulur disambut mesra, diiringi ucapan selamat oleh Tok Uban sekeluarga.  Hujan mulai turun.  Keadaan cuaca mulai agak gelap.  Kami bergerak untuk meneruskan perjalanan.  XYLku hanya melambai-lambaikan tangan.  Terima kasih dari kami semua buat Tok Uban sekeluarga.  Kami memandu dengan meredah hujan yang turun, seolah-olah mengiringi kami meninggalkan Rompin.  Hujan mulai reda setelah kami meninggalkan Daerah Rompin.  Kami sampai di Mersing pada lewat petang.  Rakan-rakan Ham Mersing telah sedia menunggu kami di Local Repeater Mersing.  Masing-masing mengucapkan selamat datang ke Mersing.


 Tempat pertama yang kami tuju semasa sampai di Mersing ialah Hotel Sri Malaysia untuk menempah tempat penginapan.  Malang sekali buat kami.  Semua bilik sudah berpenghuni.  Kami terpaksa mencari tempat penginapan yang lain.




Di hadapan Hotel Sri Malaysia

 
 Kami menginap di sebuah hotel berhampiran Sungai Mersing.  Pemandangan di sekitarnya cantik.  Sunyi dan tenang.  Kami di kunjungi oleh beberapa orang rakan Ham yang diketuai oleh 9W2CCO, Pak Azmi.  Mereka telah menetapkan tempat untuk eyeball pada malam nanti.


Rakan-rakan Ham Mersing
Berbaju merah 9W2CCO dan disebelah XYL
Callsign rakan-rakan yang lain tak ingat
Harap maaf.

 
Bertudung putih, XYL ku - 9W2JIK dan disebelahnya
9W2FSI - Sdr.Firman

 
Bertopi 9W2KCG - Faisal bersama isteri.
Mulutnya sentiasa mengunyah makanan....berselera nampak.

 
Berbaju biru muda  dengan handphone di tangan
Pengerusi Kelab Radio Amatur Mersing

Ini adalah pertemuan kami yang pertama dengan rakan-rakan di Mersing.  Kami tidak menduga  akan mendapat sambutan yang bagitu mesra sekali.  Maklum sajalah belum pernah bersua di udara atau pun didaratan.  Kami bagitu gembira dan terharu.  Itulah istimewanya rakan-rakan radio.  Bila dah bertemu mata bagini, banyak perkara yang dibincangkan, terutamanya yang ada hubung kait dengan radio.  Banyak perkara yang dapat dikongsi bersama dan ini telah meningkatkan lagi pengetahuan tentang radio amatur.  Jam menunjukkan  pukul 1.20 pagi, Pak Azmi mengajak kami bertandang ke rumahnya.  Kami menerima pelawaan beliau.

  


Foto ini adalah semasa di rumah Pak Azmi. 

Kami sampai di hotel pada jam 2.30 pagi.  Walau pun badan terasa letih dan amat mengantuk, tapi kegembiraan bersama-sama rakan-rakan dapat mengatasinya.  Tiba sahaja di bilik, aku terus merebahkan badanku.  Besuknya, kami akan pulang.  Sekejab cuma yang dapat kami luangkan masa untuk bersama-sama dengan rakan-rakan.  Apa boleh buat, masing-masing ada tugasan yang sedang menanti.

Aku bangun agak lewat, 6.30 pagi.  Selesai mandi dan menunaikan yang wajib, aku dan XYL keluar untuk sarapan pagi.  Kami singgah di sebuah gerai yang tidak berapa jauh dari tempat penginapan.  Selesai sarapan, aku menyuruh XYL ku membayar.  Alang kah terperanjatnya aku bila aku dapati harganya bagitu murah sekali.  Kami pulang semula ke hotel dan berkemas.  Masa untuk bertolak.  Tiba-tiba akau mendapat panggilan dari Firman menyatakan Pak Azmi dan XYL sedang menunggu di bawah.  Dia mengajak kami bersarapan.  Aku dan Firman menemani mereka untuk bersarapan.  XYL ku tidak ikut.  Si Faisal dan isterinya, bersarapan di mana aku tidak tahu.  Belum lagi nampak batang hidungnya.


Pak Azmi bersama isteri

 Semasa sarapan Pak Azmi menyatakan ada rakan-rakan yang ingin bersua sebelum bertolak pulang ke Kuala Terengganu.  Mereka tak dapat bersama-sama meraikan kami semalam karena ada tugasan.  Kami menyetujuinya.  Entah bila pula hendak datang, siapa pun tak tahu, kecuali Allah sahaja.


Pemandangan Sungai Mersing

Kami mula bertolak pada jam 10.00 pagi.  Kami QSO melalui pancarulang.  Rakan-rakan yang ingin bersua berada di pancarulang.  Mereka memberi pandu arah ke lokasi yang telah ditetapkan.  KCG di hadapan kerana dia lebih arif tentang laluan di Mersing.



Dapat jua kami bersalaman di daratan.  Belum pernah selama ini bertemu di udara mau pun di daratan.  Namun bagitu, kegembiraan dan kemesraan terbayang diwajah masing-masing.  Masa berlalu bagitu cepat sekali. Perjalanan masih jauh.  Kami memohon diri untuk berlepas.  Kesedihan terbayang di setiap wajah.  Setiap pertemuan itu pasti sudah akan berakhir dengan perpisahan.  Ini adalah ketetapan Illahi.

Tangan di hulur disambut mesra
Salah dan silap sama-sama dipinta
Yang bertandang akan pulang jua
Seribu kenangan di bawa bersama

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kami menumpang mandi
Andai ada umur yang panjang
Insya Allah dapat kita bersua lagi.

 
Selamat tinggal Mersing.  Itu sahaja kata-kata yang dapat ku luahkan.  Kami bergerak meninggalkan Mersing diiringi lambaian tangan rakan-rakan.  Terasa sayu juga di hati.  Entah bila kan dapat bersua lagi, tak siapa tahu, melaian Allah Yang Maha Esa saja yang tahu.  Masing-masing terdiam buat sejenak.  Mungkin melayan perasaan sendiri.   Perjalanan diteruskan dalam suasana yang sepi.  Tiada sebarang bicara.  KCG memecah kesunyian dangan CQ...CQ di pancarulang.  Panggilannya disambut.  Kami secara bergilir-gilir mengucapkan terima kasih kami yang tidak terhingga buat semua rakan-rakan Ham di Mersing.  Selepas itu kami QSY ke V20.

 
    
Singgah membeli udang.

Alhamdulillah, kami memanjangkan rasa syukur ke hadrat Allah, di atas keselamatan yang telah diberikanNya selama dalam perjalanan pergi dan balik.  

Sunday, December 12, 2010

9W2TOU Di Kuala Terengganu


9W2TOU
Dari K. Rompin.
Lihat saja rambutnya......putih
Sebab itu rakan-rakan menamakannya 
Tok Uban


Khusyuk betul Sdr. Taufik kita ni
mendengar celoteh Tok Uban
Hati-hati.... nanti terlepas pula gelas yang dipegang tu



XYL ku (9W2JIK) dan 9W2KCG,  sama-sama meraikan Tok Uban


9W2TOU berada di Kuala Terengganu kerana menghadiri kursus di Akedemi BOMBA Wakaf Tapai.  Rakan-rakan yang turut sama-sama meraikan beliau terdiri dari 9W2KCG (Faisal atau Kacang), 9W2TFK (Taufik), 9W2YAY (Khairul Anuar @ Pak Yankee), aku (9W2SIK) dan isteriku (9W2JIK).  Bila dapat bertemu mata bagini banyaklah perkara yang diperbincangkan.  

Thursday, December 9, 2010

Malang Tak Berbau

Indah bunyi kata-kata di atas.  Hakikatnya itulah yang terjadi.   Semasa dalam perjalanan pulang dari Gunung Stong, melalui laluan Tasik Kenyir, kenderaanku mengalami kebocuran tayar.  Jam ketika itu menunjukkan 9.30 malam.  Insiden berlaku ditengah hutan belantara, di antara FELDA Aring dan Gawi. Alhamdulillah, aku tidak kesorangan.  Sebenarnya kami berkonvoi sebanyak tiga buah kenderaan.  Aduh.... malang sekali, kami tidak dapat membuka tayar keretaku.  Ia memerlukan alat pembuka nat yang khusus.  Faisal dan Pak Nuar tersenyum sahaja.  Talifon tidak dapat digunakan.  Faisal menggunakan radio set untuk menghubungi rakan-rakan radio di Kuala Terengganu dengan menggunakan repeater 9M4RBJ yang terletak di Bukit Jerung.  Alhamdulillah, syukur pada Allah, Faisal mendapat respond daripada 9W2FSI.  Sdr. Firman(9W2FSI) menyusun expidisi menyelamat bersama-sama WTR(Tuan Helmi).


Nasib tidak menyebelahi kami.  Peralatan yang dibawa oleh WTR dan 9W2FSI tidak dapat digunakan.  9W2YAY cuba membuat perubahan tapi tidak membuahkan sebarang hasil.  Tiba-tiba, sebuah pacuan 4 roda berhenti di belakang kami.  Keluar seorang lalaki berbangsa Cina, setelah bertanya khabar, beliau berusaha untuk membantu.  Kejayaan masih belum menyebelahi kami.  Lelaki Cina ini menasihatkan kami agar bergerak perlahan-lahan ke hadapan, di sana ada sebuah restoran, kerana lokasi itu kurang selamat.  Berpandukan nasihat beliau, kami meneruskan perjalanan, walaupun satu tayar sudah tidak berangin.  Kami berehat sebentar di gerai tepian jalan itu.  Pengunjung kebanyakan pemandu treller.  Keputusanya, WTR dan FSI berpatah balik ke Kuala Terengganu untuk mendapat perlatan tersebut.  Jam ketika itu sudah menunjukkan 12.00 tengah malam.  Pada awalnya kami dijangka sampai di Kuala Terengganu pada jam 10.30 malam.  Kita merangcang, tapi ketentuan adalah milik Allah jua.

 
Kali ini ramai lagi rakan radio datang untuk membantu.
Aku hanya berdiam diri sahaja.
Rakan-rakan yang bertungkus-lumus mengganti tayar keretaku.





 Kini semuanya sudah beres.  
Tayar sudah berganti
Lega rasa dihati.
Syukur pada Illahi.

   Kami meneruskan perjalanan kami pulang ke Kuala Terangganu, sambil mencari-cari kedai untuk menjamu selera.  Maklum sajalah hari sudah lewat.  Akhirnya kami menemui sebuah restoran yang masih beroperasi.  Aku sendiri tidak tahu nama kampung tersebut.


Rakan-rakan sedang memesan makanan dan minuman.
Semuanya keletihan.


9W2CEY dari Sik, Kedah.
Bergambar bersama-sama 9W2KTR dan rakan-rakan
Kelab Motor Klasik

Selesai menjamu selara kami bertolak pulang.  Hari semakin pagi.  Aku tiba dirumahku jam 4.30 pagi. Aku sekeluarga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua rakan yang telah sudi membantuku, WTR, 9W2FSI, 9W2KTR, AJQ dan rakan-rakan dari Kelab Motor Klasik Terengganu.  Seandainya kedapatan sebarang kekurangan, aku sekeluarga memohon maaf.

Wednesday, December 8, 2010

Sejenak Bersama Rakan Ham Dari Luar Terengganu

Cuti sekolah telah tiba.  Ramai di antara kita mempunyai rancangan tersendiri.  Ada yang bersama keluarga untuk cuti-cuti Malaysia, menghadiri kursus dan memenuhi jemputan walimatulurus.  Bagitu juga dengan lokalan Kuala Terengganu, menerima kunjungan rakan-rakan Ham dari kawasan  luar.


Ini teman dari Kelantan 9W2DRD, Cikgu Di.
Kacak orangnya.


Cikgu Di bersama keluarga.
 Mereka datang ke Terangganu untuk menghadiri
kovo adiknya.


Aku dan 9W2KCG sempat meraikan beliau sekeluarga
semasa belaiu sekeluarga di Terengganu.


9W2LXN - Sdr. Azlan dari Batu Gajah, Melaka.
Berkursus di Kuala Terengganu.
Hebat orangnya.


Kali pertama besalaman di daratan.
Aku mengenali beliau di udara melalui jalur panjang.
Rakan yang sempat meraikan beliau - 9W2KCG, 9W2TFK dan WTR.
Bila bertemu mata.....
banyak yang dibawa berbincang.
Kegembiraan kelihatan diraut wajah masing-masing.


Isteriku, 9W2JIK, turut sama meraikan 9W2LXN.



Kunjungan 9W2CEY ke Kuala Terengganu.



Bergambar bersama-sama rakan Ham K. Terengganu



Menjamu selera
Alhamdulillah, sempat juga rakan-rakan meraikan beliau.


9W2BJS - Kang Basri (Budak Jawa Selangor)
Taukey pasir.

 
Aku berkesempatan meraikan beliau.

Semoga kita semua sentiasa Diberkati dan Dirahmati Allah.