Friday, November 26, 2010

MAJLIS KESYUKURAN

Majlis kesyukuran ini ku adakan pada hari Aidil Adha yang kedua.  Ianya adalah bertujuan untuk memperertakan hubungan silaturahim di antara sanak saudara serta jiran dan rakan-rakan Ham di kawasan ku.  Hanya pada cuti umum bagini sahajalah, masing-masing dapat meluangkan masa, memandangkan semuanya agak sibuk dengan urusan harian.


 Pagi-pagi lagi isteri dan menantu ku telah mula memproses bahan -bahan untuk dimasak.  Maklum sahajalah jamuan akan bermula pada jam 1.00 hingga 6.00 petang.  Banyak juga yang perlu disaipkan.

 Aku bersyukur kerana kakak ipar isteriku sudi untuk membantu memasak dan dia adalah tukang masak yang berpengalaman.  Ini telah meringankan beban kami.

 Rakan-rakan Ham yang mula hadir terdiri dari 9W2WTR, 9W2WSY (Timb. Presiden Pemancar), adik pada WSY dan 9W2TFK serta keluarga.  Nampaknya mereka asyik bertanya khabar sebelum menjamah santapan.  Maklum sajalah jarang-jarang dapat bersalaman di daratan.  Sudah pasti banyak yang hendak dibualkan.
 

 Ini adalah XYL dan anak-anak kepada 9W2TFK.  Riang dan gembiranya mereka.

Ini pula ialah anak-anak saudara ku.  Masing-masing bagitu berselera sekali nampaknya.  Maklum sajalah waktu ini adalah waktu makan tengah hari.


  Ini pula adalah keluarga Cikgu Fadli, 9W2KTB, kelihatan ku isteri sedang bersalaman dengan isteri beliau. 
 

Yang ini pula adalah keluarga 9W2OKT, Pak Shah.  Wah besar betul keluarga beliau ini....!
Datang naik bas agaknya.


Keluarga Cikgu Saba ini adalah saudara mara kepada isteri ku.  Bagitu asyik sekali mereka dengan santapan tengah hari.


Dah selesai rupanya..... tak tambah ke?  Banyak lagi makanan yang terhidang tu.


Kalau makan pun Cikgu Fadli..... tolehlah ke belakang tu, kesian Pak Baha dan rakan-rakan yang hanya melihat sahaja  Cikgu makan tu.


Tengok tu..... Cikgu kita dengan harmonicnya.... kalau dah makan sampai tak menoleh kekiri dan kekanan.


Hebat betul 9W2OKT ni.....padanlah rakan-rakan panggil dia "orang kuat Terengganu", isterinya belum lagi jamah makanan di hadapan tu, dia dah habis satu pinggan.... he...he.


Rakan-rakan ni baru saja tiba, 9W2KCG dan isteri, Pak Baha dan rakan-rakan.  Pak Baha ni bukannya berani berjalan seorang.  Kalau keluar saja mesti bawa body guard.


Cikgu Sabariah bersama dengan menantu ku.  Baru kali pertama Cikgu Saba bertemu dengannya.


Wow......sampai tak angkat kepala rakan kita ni.  Tau tak siapa mereka ni?  Raja makan.... Pak Baha dan Kacang.  Pasal makan...... memang tak tolak, lebih-lebih lagi kalau percuma.


Big Boss sudah sampai, 9W2PBB, Cikgu Jaafar and family.  Sementara isteri Faisal, Na, masih dengan santapannya.


Kalau Big Boss kat depan , Faisal langsung tak berani angkat kepala.  Kalau ya pun pelawalah Cikgu kita makan.   Tunduk aje ..... apa hal ni......?


Cikgu Jaafar dan family sedang menikmati hidangan yang tak seberapa ini. Sedap tak Cikgu...kalau sedap, jangan malu, boleh tambah.  Kalau tak sedap, diam-diam saja ya.......!



The arrival of Tuan Helmi and family. A busy man, who always finish his time outside Terengganu, looking after his familiy business.

Dah lepak kat luar pula..... maklum sajalah jarang-jarang dapat bersua muka, kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Kesempatan baginilah rakan-rakan pergunakan sepenuhnya untuk bertanya khabar dan berbincang menganai hobi mereka.


Lihatlah gelagat famili Tuan Hilmi ni....... anak-anak ni kalau dibawa berjalan-jalan, memang mereka akan seronok.


Ini group Manir, group CSD.  Mereka ni hebat-hebat belaka.  Ayam tambatan Manir katakan.  Tengok body mereka tu........jangan cuba-cuba nak gurau main.... susah kita nanti.


 9W2FSI  bersama kedua ibu bapa dan adik-adik.  Mereka adalah saudara mara isteriku.  Mereka datang pada lewat petang.  Sempat aku meluangkan masa untuk bebebual kerana tetamu lain sudah tiada.  Lepas ini mereka akan ke Pasir Putih menzairah keluarga di sana.


Hajah Non bersama anak dan menantu merupakan tetamu terakhir ku pada petang ini.  Mereka juga adalah saudara mara isteriku.


Aku mengambil kesempatan ini untuk mengutarakan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan dan juga sanak saudara yang telah sudi meluangkan masa untuk menghadiri jemputan ku kali ini.  Seandainya kedapatan sebarang kekurangan di majlis ku ini ku pohonkan berbanyak-banyak maaf.  Maklum sajalah, kita manusia ini tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan.


Akhir kata; "Melakukan kesilapan adalah manusia dan memberi kemaafan pula adalah kemanusian."  Terima kasih semuanya.



Monday, November 8, 2010

EYEBALL

Telah agak lama aku tidak mendengar berita dari rakan-rakan di Kuala Terengganu disebabkan aku agak sibuk dengan urusan keluarga di kampung, di Kedah.  Baru-baru ini sempat juga bertemu dan bertanya khabar.





Ini semasa aku di temani oleh isteriku, sempat bertemu mata dengan Pak Nuar, 9W2YAY, dan Sdr. Hafiz, yang baru berjinak-jinak dengan radio. Seperti biasa, bila bertemu, macam-macam perkara yang diperbincangkan.


 Eyeball ini juga turut disertai oleh 9W2KCG serta isteri, 9W2TFK, 9W2FSI dan 9W2HHA.  Masing-masing membawa carita.  Sementara aku hanya menjadi pendengar setia.  Sekali-sekala aku mencelah untuk memeriahkan suasana.  Maklum sajalah, agak lama tak bersua muka.  Rakan-rakan di hujung tahun agak sibuk dengan tugasan saltmine.  Biasalah tu.


Kini, keadaan cuaca di Terengganu, sudah mula melangkah masuk musim banjir.  Jadi masing agak sibuk membuat persaipan awal, agar tidak menjadi kelam kabut andai sesuatu yang di luar dugaan terjadi.  Situasi di Kedah dan Perlis adalah sebagai pengajaran.