Thursday, December 9, 2010

Malang Tak Berbau

Indah bunyi kata-kata di atas.  Hakikatnya itulah yang terjadi.   Semasa dalam perjalanan pulang dari Gunung Stong, melalui laluan Tasik Kenyir, kenderaanku mengalami kebocuran tayar.  Jam ketika itu menunjukkan 9.30 malam.  Insiden berlaku ditengah hutan belantara, di antara FELDA Aring dan Gawi. Alhamdulillah, aku tidak kesorangan.  Sebenarnya kami berkonvoi sebanyak tiga buah kenderaan.  Aduh.... malang sekali, kami tidak dapat membuka tayar keretaku.  Ia memerlukan alat pembuka nat yang khusus.  Faisal dan Pak Nuar tersenyum sahaja.  Talifon tidak dapat digunakan.  Faisal menggunakan radio set untuk menghubungi rakan-rakan radio di Kuala Terengganu dengan menggunakan repeater 9M4RBJ yang terletak di Bukit Jerung.  Alhamdulillah, syukur pada Allah, Faisal mendapat respond daripada 9W2FSI.  Sdr. Firman(9W2FSI) menyusun expidisi menyelamat bersama-sama WTR(Tuan Helmi).


Nasib tidak menyebelahi kami.  Peralatan yang dibawa oleh WTR dan 9W2FSI tidak dapat digunakan.  9W2YAY cuba membuat perubahan tapi tidak membuahkan sebarang hasil.  Tiba-tiba, sebuah pacuan 4 roda berhenti di belakang kami.  Keluar seorang lalaki berbangsa Cina, setelah bertanya khabar, beliau berusaha untuk membantu.  Kejayaan masih belum menyebelahi kami.  Lelaki Cina ini menasihatkan kami agar bergerak perlahan-lahan ke hadapan, di sana ada sebuah restoran, kerana lokasi itu kurang selamat.  Berpandukan nasihat beliau, kami meneruskan perjalanan, walaupun satu tayar sudah tidak berangin.  Kami berehat sebentar di gerai tepian jalan itu.  Pengunjung kebanyakan pemandu treller.  Keputusanya, WTR dan FSI berpatah balik ke Kuala Terengganu untuk mendapat perlatan tersebut.  Jam ketika itu sudah menunjukkan 12.00 tengah malam.  Pada awalnya kami dijangka sampai di Kuala Terengganu pada jam 10.30 malam.  Kita merangcang, tapi ketentuan adalah milik Allah jua.

 
Kali ini ramai lagi rakan radio datang untuk membantu.
Aku hanya berdiam diri sahaja.
Rakan-rakan yang bertungkus-lumus mengganti tayar keretaku.





 Kini semuanya sudah beres.  
Tayar sudah berganti
Lega rasa dihati.
Syukur pada Illahi.

   Kami meneruskan perjalanan kami pulang ke Kuala Terangganu, sambil mencari-cari kedai untuk menjamu selera.  Maklum sajalah hari sudah lewat.  Akhirnya kami menemui sebuah restoran yang masih beroperasi.  Aku sendiri tidak tahu nama kampung tersebut.


Rakan-rakan sedang memesan makanan dan minuman.
Semuanya keletihan.


9W2CEY dari Sik, Kedah.
Bergambar bersama-sama 9W2KTR dan rakan-rakan
Kelab Motor Klasik

Selesai menjamu selara kami bertolak pulang.  Hari semakin pagi.  Aku tiba dirumahku jam 4.30 pagi. Aku sekeluarga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua rakan yang telah sudi membantuku, WTR, 9W2FSI, 9W2KTR, AJQ dan rakan-rakan dari Kelab Motor Klasik Terengganu.  Seandainya kedapatan sebarang kekurangan, aku sekeluarga memohon maaf.

No comments:

Post a Comment