Sudah sebulan aku di rumah. Tidak ke mana-mana. Terasa pula hendak berjalan-jalan, tapi apa kan daya, anak ku yang bongsu sedang memduduki peperiksaan SPM. Semua keinginan terpaksalah ditunda dulu. Cuaca di Terengganu sekarang ini tidak menentu, maklum sajalah musin tenkujuh. Alhamdulillah, belum lagi ada tanda-tanda akan berlaku banjir, walau pun hujan turun mencurah sampai seminggu. Teringat aku pada sanak saudara yang jauh yang telah lama tidak bertemu, bagitu juga rakan dan taulan. Fikiranku melayang ke Mersing. Terbayang wajah rakan-rakan disana. Masih segar dalam ingtan. Pertemuan yang singkat, semasa menzairahi rakan-rakan di Mersing telah melahirkan satu ikatan yang mesra.
Aku ke Mersing ditemani oleh XYL, 9W2KCG (Sdr.Faisal) serta isteri dan 9W2FSI (Sdr.Firman). Kami bertolak di awal pagi, selepas sarapan di Kedai Buluh. Pemanduan dilakukan dalam keadaan sederhana sahaja, sambil berbual-bual melalui set yang terpasang di kereta kami. Memandu sambil menikmati keindahan alam anugerah Allah ini. Kami singgah di Pekan, Pahang untuk makan tengah hari.
Pekan merupakan Bandar Di Raja di mana pemandangan di sekitarnya cukup cantik. Terdapat beberapa tempat yang menarik yang boleh dilawati. Kami tidak dapat berbuat demikian karena destinasi kami masih jauh lagi.
Ini adalah di antara pemandangan yang sempat diambil semasa kami berehat untuk makan tengah hari. Cantik dan menawan.
Selepas makan tengah hari kami berehat sebentar untuk menikmati keindahan tempat ini.
Lokasi ini ialah Pekan River Front
Kami meneruskan perjalan kami. Sepanjang perjalanan, ada sahaja kelakar yang di hidangkan oleh 9W2KCG dan 9W2FSI. Ada kalanya aku mencelah untuk menceriakan lagi susana. Kali pertama aku melalui laluan ini ialah pada tahun 1976, sudah 34 tahun masa berlalu. Terlalu banyak perubahan yang terjadi. Aku hampir tidak mengenali kawasan ini. Tiga puluh empat tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. Kami menggunakan V20 untuk QSO semasa dalam perjalanan untuk memudahkan rakan-rakan di Rompin. Kami disapa oleh 9W2BTU, Kak Miah, isteri 9W2TOU iaitu Tok Uban. Lantaran sudah berada di Ropin, kami singgah sebentar di kediaman Tok Uban. Kami disambut dengan bagitu ceria dan mesra oleh Tok Uban sekeluarga. Aku mengenali Tok Uban sewaktu beliau bertandang ke Kuala Terengganu.
9W2TOU - Tok Uban
Gambar Untuk Kenangan
Kami telah dihidangkan dengan kuih muih dan minuman petang. Masa terlalu mencemburui kami. Perjalanan mesti diteruskan. Waktu perpisahan telah tiba. Tangan dihulur disambut mesra, diiringi ucapan selamat oleh Tok Uban sekeluarga. Hujan mulai turun. Keadaan cuaca mulai agak gelap. Kami bergerak untuk meneruskan perjalanan. XYLku hanya melambai-lambaikan tangan. Terima kasih dari kami semua buat Tok Uban sekeluarga. Kami memandu dengan meredah hujan yang turun, seolah-olah mengiringi kami meninggalkan Rompin. Hujan mulai reda setelah kami meninggalkan Daerah Rompin. Kami sampai di Mersing pada lewat petang. Rakan-rakan Ham Mersing telah sedia menunggu kami di Local Repeater Mersing. Masing-masing mengucapkan selamat datang ke Mersing.
Tempat pertama yang kami tuju semasa sampai di Mersing ialah Hotel Sri Malaysia untuk menempah tempat penginapan. Malang sekali buat kami. Semua bilik sudah berpenghuni. Kami terpaksa mencari tempat penginapan yang lain.
Di hadapan Hotel Sri Malaysia
Kami menginap di sebuah hotel berhampiran Sungai Mersing. Pemandangan di sekitarnya cantik. Sunyi dan tenang. Kami di kunjungi oleh beberapa orang rakan Ham yang diketuai oleh 9W2CCO, Pak Azmi. Mereka telah menetapkan tempat untuk eyeball pada malam nanti.
Rakan-rakan Ham Mersing
Berbaju merah 9W2CCO dan disebelah XYL
Callsign rakan-rakan yang lain tak ingat
Harap maaf.
Bertudung putih, XYL ku - 9W2JIK dan disebelahnya
9W2FSI - Sdr.Firman
Bertopi 9W2KCG - Faisal bersama isteri.
Mulutnya sentiasa mengunyah makanan....berselera nampak.
Berbaju biru muda dengan handphone di tangan
Pengerusi Kelab Radio Amatur Mersing
Ini adalah pertemuan kami yang pertama dengan rakan-rakan di Mersing. Kami tidak menduga akan mendapat sambutan yang bagitu mesra sekali. Maklum sajalah belum pernah bersua di udara atau pun didaratan. Kami bagitu gembira dan terharu. Itulah istimewanya rakan-rakan radio. Bila dah bertemu mata bagini, banyak perkara yang dibincangkan, terutamanya yang ada hubung kait dengan radio. Banyak perkara yang dapat dikongsi bersama dan ini telah meningkatkan lagi pengetahuan tentang radio amatur. Jam menunjukkan pukul 1.20 pagi, Pak Azmi mengajak kami bertandang ke rumahnya. Kami menerima pelawaan beliau.
Foto ini adalah semasa di rumah Pak Azmi.
Kami sampai di hotel pada jam 2.30 pagi. Walau pun badan terasa letih dan amat mengantuk, tapi kegembiraan bersama-sama rakan-rakan dapat mengatasinya. Tiba sahaja di bilik, aku terus merebahkan badanku. Besuknya, kami akan pulang. Sekejab cuma yang dapat kami luangkan masa untuk bersama-sama dengan rakan-rakan. Apa boleh buat, masing-masing ada tugasan yang sedang menanti.
Aku bangun agak lewat, 6.30 pagi. Selesai mandi dan menunaikan yang wajib, aku dan XYL keluar untuk sarapan pagi. Kami singgah di sebuah gerai yang tidak berapa jauh dari tempat penginapan. Selesai sarapan, aku menyuruh XYL ku membayar. Alang kah terperanjatnya aku bila aku dapati harganya bagitu murah sekali. Kami pulang semula ke hotel dan berkemas. Masa untuk bertolak. Tiba-tiba akau mendapat panggilan dari Firman menyatakan Pak Azmi dan XYL sedang menunggu di bawah. Dia mengajak kami bersarapan. Aku dan Firman menemani mereka untuk bersarapan. XYL ku tidak ikut. Si Faisal dan isterinya, bersarapan di mana aku tidak tahu. Belum lagi nampak batang hidungnya.
Pak Azmi bersama isteri
Semasa sarapan Pak Azmi menyatakan ada rakan-rakan yang ingin bersua sebelum bertolak pulang ke Kuala Terengganu. Mereka tak dapat bersama-sama meraikan kami semalam karena ada tugasan. Kami menyetujuinya. Entah bila pula hendak datang, siapa pun tak tahu, kecuali Allah sahaja.
Pemandangan Sungai Mersing
Kami mula bertolak pada jam 10.00 pagi. Kami QSO melalui pancarulang. Rakan-rakan yang ingin bersua berada di pancarulang. Mereka memberi pandu arah ke lokasi yang telah ditetapkan. KCG di hadapan kerana dia lebih arif tentang laluan di Mersing.
Dapat jua kami bersalaman di daratan. Belum pernah selama ini bertemu di udara mau pun di daratan. Namun bagitu, kegembiraan dan kemesraan terbayang diwajah masing-masing. Masa berlalu bagitu cepat sekali. Perjalanan masih jauh. Kami memohon diri untuk berlepas. Kesedihan terbayang di setiap wajah. Setiap pertemuan itu pasti sudah akan berakhir dengan perpisahan. Ini adalah ketetapan Illahi.
Selamat tinggal Mersing. Itu sahaja kata-kata yang dapat ku luahkan. Kami bergerak meninggalkan Mersing diiringi lambaian tangan rakan-rakan. Terasa sayu juga di hati. Entah bila kan dapat bersua lagi, tak siapa tahu, melaian Allah Yang Maha Esa saja yang tahu. Masing-masing terdiam buat sejenak. Mungkin melayan perasaan sendiri. Perjalanan diteruskan dalam suasana yang sepi. Tiada sebarang bicara. KCG memecah kesunyian dangan CQ...CQ di pancarulang. Panggilannya disambut. Kami secara bergilir-gilir mengucapkan terima kasih kami yang tidak terhingga buat semua rakan-rakan Ham di Mersing. Selepas itu kami QSY ke V20.
Tangan di hulur disambut mesra
Salah dan silap sama-sama dipinta
Yang bertandang akan pulang jua
Seribu kenangan di bawa bersama
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kami menumpang mandi
Andai ada umur yang panjang
Insya Allah dapat kita bersua lagi.
Selamat tinggal Mersing. Itu sahaja kata-kata yang dapat ku luahkan. Kami bergerak meninggalkan Mersing diiringi lambaian tangan rakan-rakan. Terasa sayu juga di hati. Entah bila kan dapat bersua lagi, tak siapa tahu, melaian Allah Yang Maha Esa saja yang tahu. Masing-masing terdiam buat sejenak. Mungkin melayan perasaan sendiri. Perjalanan diteruskan dalam suasana yang sepi. Tiada sebarang bicara. KCG memecah kesunyian dangan CQ...CQ di pancarulang. Panggilannya disambut. Kami secara bergilir-gilir mengucapkan terima kasih kami yang tidak terhingga buat semua rakan-rakan Ham di Mersing. Selepas itu kami QSY ke V20.
No comments:
Post a Comment