Thursday, October 20, 2011

Pasir Raja


Kami sampai di Kampung Pasir Raja lebih kurang pada jam 4.30 petang.  Aku tidak tahu asal usul bagaimana kampung ini mendapat namanya.  Kampung Pasir Raja ini pernah menjadi tempat persinggahan pejuang-pejuang Melayu menentang Inggeris.  Pasir Raja pernah menjadi tempat persinggahan Datok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan rakan-rakannya semasa dalam perjalanan ke Kuala Berang dan ke Kelantan.  Penduduk di sini masih lagi mengekalkan cara hidup tradisi Melayu walau pun kampung ini sudah di jenguk dengan berbagai kemudahan.


Di Pasar Raja terdapat kemudahan tempat penginapan, untuk para pengunjung yang ingin menikmati dan melihat keindahan kampung tradisi Melayu.  Terdapat  tempat penginapan yang berhawa dingin dan ada yang tidak.  Para pengunjung bolehlah memilih yang mana yang disukai.



 Ini adalah di antara tempat penginapan yang terdapat di Pasir Raja.  Ianya terletak berhampiran sebatang sungai yang bermuara di Kuala Dungun.  Sungai ini adalah satu-satunya jalan perhubungan penduduk Pasar Raja dengan Dungun pada satu ketika dulu. Perjalanan dari Pasir Raja melalaui jalan air ini mengambil masa dua hari satu malam.  Tapi kini Pasir Raja sudah  pun mempunyai rangkaian jalanraya yang menghubungkan daerah perdalaman ini dengan Dungun dan Bandaraya Kuala Terengganu.


 Ini adalah pentas yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kegunaan bagi sesuatu perayaan yang di adakan di Pasir Raja ini.  Di sebelah belakang pentas inilah mengalirnya sebatang sungai yang teramat berjasa kepada para penduduk di Hulu Dungun, terutamanya penduduk Pasir Raja sebelum kawasan ini di hubungi oleh jalanraya.  Sungai ini juga menjanji pendapatan bagi mereka.  Airnya sejuk dan jenih.  Ia mengalir dengan tenang menuju ke muara, setenang hidup para penduduk di Pasir Raja ini.



Pasir Raja di kelilingi oleh tumbuhan yang menhijau.  Ini akan memukau setiap mata yang memandang.  Udara di persekitrannya sejuk, nyaman dan menyegarkan.  Kicauan burung dan nyanyian unggas-unggas yang mendiami kawasan ini menggantikan bunyi derungan kenderaan di bandar.  Kesunyiannya bagitu mengasyikkan.



Ini adalah pemandangan yang lumrah dikampung-kampung.dan tidak terkucuali dengan Pasir Raja.  Masa terlalu mencemburui kami.  Hari sudah lewat petang.  Kami cuma berada sekejab sahaja di Pasir Raja.  Banyak lagi yang belum sempat ku rakamkan di sini disebabkan oleh kesuntukkan masa.  Kami tidak bercadang untuk bermalam disini.  Inyaallah, mungkin dikesempatan yang lain kami akan bermalam di sini.  Manusia adalah sebahagian dari alam, jesteru itu manusia tidak akan dapat dipisahkan dari alam.

No comments:

Post a Comment