Wednesday, October 6, 2010

SEJENAK BERSAMA 9M2 YRS

Aku mula mengenali 9M2 YRS semasa QSO di jalaur panjang.  Semasa itu beliau memakai callsign 9W2 YR.  Masa berlalu, kami hanya bertemu di udara sahaja.  Itu pun ketika aku berada di utara atau di kawasan tengah.  Aku dipertemukan dengan beliau semasa aku bersama rakan-rakan Kuala Terengganu menghadiri Hari Keluarga ASTRA  di Bendang Man, Sik.  Alhamdulillah, aku merapatkan syukur kepada Allah di atas pertemuan itu.

Secara kebetulan semasa dalam perjalanan pulang dari berhari raya di kampung, aku sempat bersalaman dengan beliau di Pekan Baling.  Dah agak lama tidak bersua muka dengan beliau ini.  Sempat juga kami kena "mai secawan" sambil bertukar fikiran.  Banyak yang dibincangkan, dari perkara yang berkaitan dengan radio  sampai kepada kerjaya dan keluarga.
 Masa terlalu mencemburi ku.  Aku terpaksa meneruskan perjalanan ku pulang ke Kuala Terengganu.  Pertemuan yang singkat ini ku menafaatkan sepenuhnya.  Kami bersalaman serta bermaaf-maafan.  Entah bila akan di pertemukan pula.......... tiada siapa yang tahu. 

No comments:

Post a Comment