Tuesday, October 19, 2010

BERTEMU MATA DENGAN RAKAN-RAKAN LUAR

Aku sempat meraikan rakan-rakan HAM yang datang ke Kuala Terengganu, sama ada atas urusan saltmine atau pun cuti-cuti Malaysia.  Bukanlah senang untuk bertemu mata, memandangkan masing-masing sibuk dengan tugasan harian.  Apabila mengetahui sahaja ada rakan dari luar berada di lokalan ini, maka kesempatan ini dipergunakan sebaik mungkin untuk mempereratkan lagi hubungan yang telah sedia terjalin di udara.

Kedua-dua rakan ini dari Pengkalan Cepa, Kota Baru, Kelantan.  Berbaju oren ialah 9W2SDJ, ia itu Pak Syawal, sementara di sebelah beliau ialah Tuan Hj. Rahim yang memakai callsign  9W2DSR.  Selama ini aku hanya mengenali kedua-dua rakan ini di udara sahaja. Aku sering QSO dengan kedua-duanya, terutama Tuan Hj. Rahim, yang selalu berada di Kuala Terengganu, tapi tak berksempatan untuk bertemu di daratan.  Alhamdulillah, syukur pada Allah, hari ini aku dapat bersalaman dengan kedua-dua rakan.

Ini aku bersama-sama dengan rakan-rakan sempat roundtable dengan rakan HAM, juga dari Kota Baru.  Maaf, aku terlupa nama dan callsign beliau.  Beliau datang ke Kuala Terengganu atas urusan saltmine.  Beliau bertugas dengan Telekom Malaysia.  Di antara rakan-rakan yang hadir ialah, 9W2KCG dan isteri, 9W2FSI, AJQ dan isteri.


Pada 3/9/2010, aku, 9W2HHA dan 9W2YAY  sama-sama meraikan dua orang teman dari lokalan Kampung Rahmat, Setiu.  Berbaju hitam dan bertopi ialah 9W2RIC, Pak Ye, sementara di sebelah beliau pula adalah rakan yang baru hendak berjinak-jinak dengan radio.   Kami sempat juga berkongsi pengelaman dan pendapat.
Pada 3/10/2010, aku bersama-sama 9W2YAY, BHA, dan FAT sempat bereyeball di Manir sambil meraikan rakan HAM dari Lokalan Besut, iaitu 9W2SEM yang memakai baju batik.  Walau pun sering QSO, namun tak sempat untuk bersalaman di daratan.  Pertemuan ini di adakan pada jam 10.30 malam.  Maklum sajalah bulan puasa, jadi masing-masing ada tugasan yang perlu diselesaikan.  9W2SEM bukanlah kenalan baru bagi ku, sudah acap kali aku bertemu beliau, tapi tak berkesempatan untuk merakamkan foto beliau.  Banyak perkara yang kami bincangkan.  Kami sama-sama beredar kurang lebih jam 1.00 pagi.

No comments:

Post a Comment